Assalamualaikum semer
setelah beberapa hari tanpa internet hari nih dapat masuk muahahhahah ...
Tapi balik balik skalik dpt tahu pasal berita nih ...alahai apa kes la org tew suka suka cilok gamba dr blog org pastuh masuk kan dalam page facebook budak kena dera . Dah la tew letak caption konon tangan budak tew kena potong ngan ayah nya ....apa kes . Sekalik ramai plak yg tahu punca citer kutuk bagai nak rak ...padahal budak tew tangan luka sebab kena sinki toilet yg pecah
Sebab dr kejadian tew Win tlah buat report polisdan lapor kan pada pihak akhbar demi membersihkan nama keluarga mereka .
sangat gigih la org yg mencilok gamba nih ..........ha kan dah buku bertemu ruas kan . Mana ley suka suka wat cam tew ....
ley baca selanjut nya dekat paper Metro
Sabar ya Elly n Win ...sian Ameera tetiba plak cam dia kena dera walhal tak pun . Kita org akan support korang ..
Kuala Lumpur: “Saya minta pihak tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar anak saya dalam laman sosial Facebook yang kini tersebar luas kononnya tangan kirinya dipotong kerana didera supaya menarik balik gambar terbabit kerana itu satu pembohongan dan kami tiada kaitan,” kata Mohamad Yazwin Mohamad Yasin, 37, yang menyedari gambar anaknya perempuannya, Ameera Danii berusia lapan tahun disalah gunakan sehingga mengaibkan keluarganya.
“Dalam Facebook itu, digambarkan kononnya seorang kanak-kanak dikenali sebagai Ita dipotong tangan oleh bapanya kerana tidak minat melukis."
“Dalam kes anak saya ini, tangannya terluka ketika bergayut pada sinki rumah kami pada Ogos tahun lalu selepas sinki itu pecah menyebabkan urat tangan anak saya putus. Kami menghantarnya ke Hospital Ampang Putri untuk menerima rawatan dan Alhamdulillah anak saya terselamat, malah tangan kirinya juga tidak dipotong seperti didakwa dalam cerita yang tersebar itu,” katanya ketika hadir membuat aduan di pejabat Harian Metro, semalam.
Thursday, 14 February 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment