Moonpunyerblog

  • Subscribe to our RSS feed.
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Facebook
  • Digg

Wednesday, 9 January 2013

Badal Haji utk Allahyarhamah

Posted on 19:36 by Unknown
Alhamdulillah semua berjalan lancar . Talib la paling lega sebab dia mmg dah niat utk buat kan utk Allahyarhamah isteri nya . Syukur sangat sangat sebab dpt buat pada thn 2012 .

Hukum Badal Haji

Islam membolehkan seseorang yang telah pun mengerjakan Haji dirinya sendiri untuk mengerjakan Haji bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia atau orang yang masih hidup tetapi tidak berkuasa ke Tanah Suci kerana terlalu uzur.

Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi saw

dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”.  Nabi saw menjawab, “Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari).

Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi saw berkata kepada wanita tersebut, “Kerjakanlah Haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An-Nasaie).

Dari hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa boleh mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi saw juga membuat perbandingan dimana melunaskan Haji yang belum dikerjakan adalah seperti melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia.

Pahala Haji Badal

Apabila Haji Badal dikerjakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat dalam perlaksanaannya mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.

Dari Ibnu Abbas ra berkata, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meningal dunia, ditulis bagi orang yang telah meninggal dunia itu satu Haji dan orang yang mengerjakan Haji tersebut mendapat tujuh Haji”. Dalam satu riwayat lain, “Dan bagi orang yang mengerjakan Haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Zar).

Dari Abi Razin Al-Uqaily bahawa dia berjumpa Nabi saw dan berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku terlalu tua dan tidak larat untuk mengerjakan Haji, Umrah atau berjalan dalam rombongan”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji dan Umrah bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat At-Tarmizi dengan katanya hadis ini bertaraf hasan sahih. Nama sebenar Abi Razin ialah Laqit bin Amir).

Talib yg uruskan semua . So hari wakil dr agensi dtg umah mama utk hantar kan sijil dan jugaks  sedikit buah tangan dr tanah suci .


Terima kasih banyak banyak buat Puan Hjh Rahmah Bt Samir kena bantu buat kan Badal Haji utk Allahyarhamah . 

 Sedikit buah tangan dr pihak agensi

Rafiq yg tetiba kemain happy plak dia . Org duk nak amik gamba brg2 tew nak tunjuk kat papa dia ...sekalik dia plak dtg depan tew n gelak2 . Cam tahu tahu je org pegang kamera ...tak pun misti dia happy sebab Mama dia dah tunaikan Haji 

Moon tak tahu mana n bila masa Talib buat nih sebab dia diam diam je pegi daftar . Bila kami tahu semer dah selesai . So agensi mana n apa contact number semer kita org tak tahu . So sapa nak detail ke nak contact number ke ley PM Talib sendiri la yer 

Syukur Alhamdulillah .

Tetiba rindu sangat kat Allahyarhamah Norma ...tambah plak bila tgk Rafiq . Pagi tadik gie breakfast ngan Sutan  . Pastuh malam nih mama papa n Rafiq mebi dtg umah kita org .

Tan ( nama panggilan manja pak sutan ) nanti 21 hb nih bday Rafiq kan 

tetiba Sutan diam je ..

Sian Rafiq 

Tetiba je dia ckp cam tew ...

Alaaaa sian nya thn lepas ingat tak kita wat bday Rafiq masa tew Allahyarhamah ada lagi . Thn nih tak der ....

tetiba mata plak berkaca ...nak telan air liur pun rasa ketat ...dada pun rasa senak je

Dah la tak mo ckp la nanti saya sedih ...tak pa la janji kita ada kenangan dah . Rafiq besar nanti pun ley tgk masa dia 1 thn mama dia sempat sambut ngan dia ... 

Tew la saya ingat masa tew Talib tolak wheelchair ...dia org pakai baju sama ...ok la saya pun dah rasa sebak dah nih 

terus amik tisu lap mata laju laju .......sambil tarik napas panjang2 n sedekah kan Al - Fatihah buat Allahyarhamah Normawati Mohd Rasif
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted in | No comments
Newer Post Older Post Home

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Popular Posts

  • baby kembar
    Wahhhh semalam my friend bgtau dia tgh pregnant kan baby kembar ...ai cam sonok sangat dgr ...im so happy for u dear misti gamba scan perut ...
  • bila suh suami gie beli beras
    Susulan bini yg kena jaga makan skrg sebab nak maintain sugar level maka semer dlm umah harus la kena tukar sket 1- beras kena tuka So dr se...
  • bagaimana nak ukur tingkap
    Ramai yg tanya ...moon cam na nak ukur tingkap ek . berapa meter nak pakai ek ...so moon buat entry khas ekekek untuk tingkap sila ukur ting...
  • 1st BSP Test
    BSP - Blood Sugar Profile Moon kena wat susulan sebab masa MGTT tew cam melebihi had Poser : 4.7  Lepas minum air gula : 8  sepatutnya resul...
  • Prihatin: Muhamad Hairuman Miskon
    Thanks Sidratul sebab lepas baca ur comment moon terus google pasal adik Hairuman Miskon . Ya Allah terasa ngilu anggota badan bila melihat...
  • Sumbangan Ikhlas
    Assalamualaikum Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Tuan/Puan,  MEMOHON DERMA/ SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN SURAU AS-SOLIHI...
  • Pengalaman menggunakan E-Browse by TM
    For TM Social Media Week Apa itu ebrowse ...sejenis kueh ka sejenis game terbaru ka ......hiksssssssss sapa tahu angkat tangan E browse ada...
  • Game game yg best
    Dulu mmg hantu game ...kalau dah jumpa yg best tew mmg melekat la kat pc ...so game pertama yg buat ai sangkut adalah The Sim The Sim Game n...
  • Gold Coast Morib
    Lama peram nih ...kalau peram tapai dah lama dah ley makan hahhahahah Last week kita org pegi Gold Coast Morib . Kalau dr Salak Tinggi tew d...
  • Promo di Sarah Hughes Globe di lanjutkan
    Ramai yg duk tanya pasal langsir nih ...n dalam banyak2 nih la yg paling ramai org nak buat cam nih Dulu dulu yg jarang biasa duk belakang j...

Categories

  • advertorial (9)
  • AL SDII (1)
  • Birthday (1)
  • Bunga Spa (1)
  • crochet (1)
  • crochet yarn (2)
  • ephyra (1)
  • For Sale (2)
  • korean drama (7)
  • NAPBAS 2011 (2)
  • Norma (20)
  • Prihatin (1)
  • sarah hughes globe (20)
  • Tanamera (2)
  • Tsugoi (3)

Blog Archive

  • ▼  2013 (154)
    • ►  August (2)
    • ►  July (22)
    • ►  June (21)
    • ►  May (15)
    • ►  April (22)
    • ►  March (26)
    • ►  February (21)
    • ▼  January (25)
      • Doa Ibu Bapa utk anak anak
      • Syok nya org blanja
      • 301
      • Kaler kelabu
      • Meeting ngan owner Tsugoi
      • Gamba Rafiq 2 thn
      • Al kisah nya kisah gamba pre wedding LJ
      • Sejarah ringkas nabi junjugan kita
      • Hari nih Bday Rafiq
      • Pengumuman TSUGOI
      • TSUGOI 100% silk shawl
      • Happy Birthday Hafiz n Mr Poek
      • Result Poll sapa lagi manja
      • Setahun sudah tanpa maid
      • Bday Party
      • Cek Mek Yaya
      • Badal Haji utk Allahyarhamah
      • rasa seronok bila
      • Promo di Sarah Hughes Globe di lanjutkan
      • Sapa lagi manja
      • dinding crack
      • berprasangka baik
      • Ribut Tropika Sonamu menuju Malaysia
      • Maternity photoshoot
      • Anak gadis
  • ►  2012 (276)
    • ►  December (12)
    • ►  November (25)
    • ►  October (25)
    • ►  September (22)
    • ►  August (14)
    • ►  July (34)
    • ►  June (31)
    • ►  May (26)
    • ►  April (22)
    • ►  March (22)
    • ►  February (20)
    • ►  January (23)
  • ►  2011 (69)
    • ►  December (25)
    • ►  November (24)
    • ►  October (20)
Powered by Blogger.